About Me

My photo
简单就是快乐^^ simple is happy

Tuesday, July 31, 2012

berjumpa semula kawan sekampung

Hujung minggu yang lepas, kawan sekampung saya telah mengajak saya pergi ke Times Square kerana lama tidak bertemu. selama kami belajar di Kuala Lumpur, kami hanya bertemu beberapa kali selama setengah tahun yang lepas. Dia telah mengajak bersama dengan kawan tyang belajar bersama dengan dia. pada awal pagi saya dah keluar dengan berjakan kaki dan menaiki LRT pergi bertemu dengan kawan saya tu. Semasa saya keluar, roomate sedang tidur lagi dan saya pun meninggalkan memo untuknya.
Bersama dengan kawan ssekampung keluar saya bersasa tidak tekanan dan meluahkan perasaan dan kesedihan kepada. Dia pun berpesan kepada saya agar sabar dalam semua perkara. selepas shopping dengan kawan saya, kami pun berpisah di KL Sentral kerana tempat asrama kami tidak sama jalan. Kemudian kami pun ucap selamat tinggal dan berjanji akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Friday, July 20, 2012

berbaloi

Semalam saya dengan kawan saya pergi ke low yat untuk membaiki laptop saya yang belum habis baik pulih.kami pergi pudu dahulu untuk membeli ticket bus dan bertanya dengan harga ticket dengan menaiki texi.Selepas itu, kami pergi makan mcdonald yang ada buy 1 free 1 dan berkongsi dengan 4 orang. Selepas habis makan, kami berjalan kaki pergi ke low yat selama 20 minit dalam hari yang panas.Dengan menunggu selama 30 minit, laptop saya telah baik pulih.hari ini, kami telah makan makanan yang buy 1 free 1 dengan harga rm20 lebih. sangat berbaloi.selepas itu, kami pun pulang ke asrama

Saturday, July 7, 2012

kuliah pada hari pertama.

Pada hari pertama kuliah kecergasan emosi, pensyarah telah memberi penerangan tentang maksud kecerdasan emosi. Sebelum itu, pensyarah juga meminta kelas memperkenalkan diri.

Kecerdasan emosi sebagai satu subilmu dalam disiplin psikologi masih baru. Namun emosi atau perasaan sebagai satu unsur yang terdapat pada manusia sudah sejak beratus-ratus tahun.

Menurut kamus Dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwa yang kuat, setiap pergerakan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiap keadaan mental yang hebat atau meluap-luap.Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya.

Kompetensi kecerdassan emosi ialah satu keblehan untuk mengecam persaan perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik.

Kemahiran ini amat penting dan perlu dipraktikkan oleh setiap guru dalam proses mendidik murid-murid dan anak-anak di rumah serta dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan.




pameran bunga

hari ini awal bangun kerana terdapat lawatan seni pergi ke putra jaya untuk melawat pameran seni. sampai sana saya mendapati terdapat bunga-bunga yang saya tak pernah jumpai.
hari ini saya rasa gembira kerana terdapat mengambil gambar yang banyak bersama dengan rakan saya. Dulu, saya jarang mengambil gambar kerana berasa rendah diri. Sekarang saya sangat berubah sedikit sebanyak disebabkan rakan-rakan saya.

Sunday, July 1, 2012

http://www.youtube.com/watch?v=6_Zq6ZUmj6s
I swear, every time I hear this song i remember when i graduated.This song bring me a lot of memories.I cant believe I have been out of high school for almost two yrs now . I feel like it was just yesterday I was gradauting high school. This song makes me cry every single time I hear it.Now i feel that i was growing up for year and year.

sedih..

Hari selasa yang lalu, saya dalam kesedihan dan kerana laptop saya telah rosak Semasa saya membuka komputer riba saya, saya mendapati screen saya terdapat garis lurus di tengah-tengah komputer riba.Ketika itu, saya dalam kecemasan dan menelefon kawan saya dan menanyanya tentang keadaan komputer riba saya. Apabila dia beritahu saya tentang screen saya rosak saya terus menangis kerana takut dimarahi oleh mama saya.Kemudian roomate saya terus menasihati saya supaya takut. Keesokan hari, selepas kuliah, saya ditemani oleh roomate saya pergi ke midvalley untuk membaiki komputer riba saya. saya bersyukur kerana selama komputer riba saya rosak ada ketemanan roomate saya .

Selepas menghantar komputer riba ke pusat permbaikian acer, orang tersebut check keadaan komputer riba saya dan memberitahu saya bahawa komputer riba saya perlu dihantar ke pusat acer untuk membaiki. Tempoh masa diperlukan sebanyak tiga minggu. Selepas saya menghantar komputer riba untuk membaiki, saya sentiasa dalam kebosanan dan risau terhadap komputer riba. Selepas seminggu, saya pun menelefon pihak bertanggungjawab keadaan komputer riba saya. Dia menyuruh saya supaya bersabar menunggu kerana tempoh masa belum sampai.

Akhirnya selepas tiga minggu, saya pun mendapat komputer riba saya dan didapati telah satu garis yang terbaru lagi. Kebosanan lagi termuncul dan pihak bertanggungjawab tersebut meminta saya pergi ke low yat untuk bertanya dengan pusat Acer.